Pempengaruh media sosial, Cik Bunga, menarik perhatian ramai apabila berkongsi perkembangan terkini tentang anaknya yang telah disahkan menghidap autisme tahap dua.
Informasi tersebut dikongsikan melalui hantaran di Threads, di mana Cik Bunga memuat naik gambar bersama anaknya selepas sesi pemeriksaan dengan doktor.
“Masya-Allah, hari ini LZ ada temu janji dengan Dr. Sarah.
LZ telah disahkan autisme tahap dua,” tulisnya.
Walaupun menerima berita tersebut dengan hati yang berat, Cik Bunga menyatakan bahawa dia reda dan menganggap anaknya sebagai anugerah terindah dari Allah.






