Isu terkini yang melibatkan personaliti media sosial Chazynash kini berkenaan dengan kes yang telah difailkan secara rasmi di Mahkamah Syariah terhadap bekas isterinya.
Kenyataan ini dibuat untuk memberikan penjelasan kepada masyarakat mengenai situasi sebenar. Menurutnya, semua hantaran yang lepas telah dibuang berdasarkan nasihat peguam untuk menghormati jagaan proses undang-undang yang sedang berlangsung.
Chazynash menyatakan bahawa tindakan undang-undang telah diambil dengan bantuan peguamnya, termasuk beberapa tuntutan yang penting. Tuntutan tersebut merangkumi hak penjagaan anak dan isu berkaitan harta.
“Melalui peguam saya, kami telah mengemukakan 3 tuntutan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Perlis terhadap Defendan (bekas isteri saya).”
Antara tuntutan yang difailkan adalah tuntutan hadanah, permohonan interim inter parte hadanah, serta tuntutan harta sepencarian.
Beliau turut memberitahu bahawa semua dokumen berkaitan telah diserahkan kepada pihak defendan. Sekarang, proses seterusnya menunggu perkembangan rasmi di mahkamah.






