Perselisihan dalam kehidupan rumah tangga pempengaruh media sosial, Chazynash, semakin berlarutan setelah dia memutuskan untuk menarik balik semua pemberian yang pernah diberikan kepada bekas isterinya seperti rumah, kereta, dan mut’ah.
Chazy menjelaskan bahawa tindakan ini diambil setelah bekas isterinya didakwa terus-menerus melakukan provokasi, mencampuri urusan peribadinya, dan melanggar perjanjian yang telah dipersetujui bersama.
Dalam kenyataannya, Chazy menegaskan usaha kerasnya dalam memenuhi tanggungjawab seperti memberi nafkah kepada anak, menyediakan kediaman yang selesa, menanggung semua bil utiliti, dan menghadiahkan kereta kepada bekas isteri tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Namun, disebabkan gangguan yang berlanjutan, dia merasa dikhianati dan terpaksa menarik semua pemberian tersebut kerana perjanjian damai yang telah dilanggar.
Chazy juga telah meminta bekas isterinya untuk meninggalkan rumah dan berpindah ke kediaman adiknya, Yunus Morat, kerana urusan harta dan hak penjagaan anak akan dibawa ke mahkamah.
Saya hanyalah manusia biasa, tidak sempurna. Saya tidak mampu mengikuti jejak langkah Chef Wan.






