Personaliti media sosial, Caprice, telah membuat pendedahan tentang dakwaan jualan dan promosi video lucah melalui sebuah akaun Telegram yang dipercayai berkaitan dengan seorang penyanyi muda.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Caprice, yang dikenali dengan nama sebenarnya Ariz Ramli, telah memuat naik tangkap layar dari akaun penyanyi berusia 20 tahun yang didakwa terlibat dalam aktiviti tersebut.
Dia menyatakan bahawa individu tersebut memiliki sejumlah besar pengikut yang masih di bawah umur, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai pengaruh kandungan negatif yang mungkin menyebar di kalangan mereka.
“Mengiklankan dan menjual video lucah merupakan jenayah yang serius. Budak ini mempunyai ramai pengikut yang masih bersekolah. Dia menyediakan pautan, dan admin yang menguruskannya.”






