Home Hiburan “Buat Apa Perlu Menangisi Sosok Lelaki yang Tidak Layak…” – Status Adik...

“Buat Apa Perlu Menangisi Sosok Lelaki yang Tidak Layak…” – Status Adik Isteri Nubhan Menjadi Perbualan Hangat.

150
0

Afifah Hidayah Menyampaikan Pesanan Kepada Ibu Bapa Untuk Tulis dan Berdoa Dengan Positif Dalam Kapsyen Terbarunya di Threads

Setelah berlakunya konflik dalam rumah tangga, setiap kiriman dan perkongsian penyanyi Nubhan dan isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, menjadi tumpuan umum di media sosial.

Dalam satu muatnaik terkini di Threads, Afifah berkongsi gambar bersama salah seorang anaknya yang sedang asyik membaca sebuah buku. Di dalam kapsyen, Afifah mengingatkan bahawa tindakan serta penulisan oleh ibu bapa mempunyai impak yang besar terhadap anak-anak.

“Tulis yang baik, berdoa yang baik. Ibu bapa merupakan cerminan untuk anak-anak,” katanya.

Namun, perkongsian tersebut menarik perhatian seorang individu yang didakwa sebagai adik kepada Afifah, Zaim Tawfek. Zaim meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan Nubhan dan menasihati Afifah untuk tidak terus bersedih atas tindakan suaminya.

Adik

Dalam perkembangan lain, Nubhan telah mengemukakan tuntutan hak penjagaan penuh serta interim terhadap anak-anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Perlu diketahui, Nubhan pernah melafazkan talak satu kepada Afifah pada tahun 2017 ketika beliau sedang hamil enam bulan dengan anak pertama mereka. Meskipun mereka telah rujuk semula, lafaz talak dan rujuk tersebut tidak dilaporkan ke Mahkamah Syariah.



Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here