Home Lifestyle Biskut Red Velvet: Kejutan Gebu dan Rangup yang Sempurna!

Biskut Red Velvet: Kejutan Gebu dan Rangup yang Sempurna!

4
0


“Cantik sekali biskut Red Velvet yang dihasilkan oleh kakak tahun ini. Gebu dan rangup… tetapi aneh, mengapa baunya seperti cat rumah?”

Ini BUKAN rekaan. Ini adalah cerita sebenar yang baru dilaporkan kepada Pusat Racun Negara (PRN)!

Kisah ini bermula ketika seorang kakak bersemangat membakar biskut Red Velvet untuk sambutan raya. Dalam resipi asal, memang diperlukan sedikit CUKA MASAK untuk memastikan adunan menjadi ringan dan lembut.

Ketika sedang bekerja di dapur, dia mencapai satu botol cecair jernih yang disangkanya cuka dan terus dituangkan ke dalam adunan. Biskut dibakar dengan baik, bahkan ada yang berani mencuba dan memakannya!

Namun, setelah disemak semula… Allahuakhbar. Rupanya botol itu adalah THINNER (Pelarut Cat)!

Syukur, kuantitinya sedikit dan kawan itu tidak mengalami masalah serius. Walaupun banyak bahan kimia tersebut mungkin sudah menguap semasa proses membakar, THINNER TETAP TIDAK PATUT DIMAKAN!

Thinner mengandungi pelarut hidrokarbon yang amat berbahaya. Jika tertelan langsung, ia boleh menyebabkan:

• Melecur pada mulut, tekak, dan perut.
• Muntah, pening, dan berasa sangat mengantuk.
• Amaran paling serius: Jika tersedak, cecair ini boleh masuk ke dalam paru-paru dan menyebabkan ‘Chemical Pneumonitis’ (radang paru-paru yang boleh berbahaya)!

🛑 4 PANTANG LARANG DAPUR MUSIM RAYA

1. JANGAN simpan bahan kimia (thinner, peluntur, racun semut) di kawasan dapur atau berdekatan makanan!

2. HARAM menggunakan botol air mineral atau bekas makanan kosong untuk menyimpan bahan kimia.

3. LABEL dengan tulisan jelas menggunakan ‘marker pen’.

4. Guna deria anda. Sebelum mencurahkan apa-apa, hidu dahulu. Jika bau seperti minyak tanah atau bau bengkel, itu BUKAN cuka atau esen vanila!

Kredit @pusat racun negara

#PublicHealthMalaysia #PusatRacunNegara #PRNUSM #KeracunanBahanKimia #BiskutRaya #TragediDapur #RumahSelamat #BiskutRedVelvet #KeselamatanKanakKanak


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here