Balik Kampung: Untuk Gembirakan Mak Ayah atau Menambah Penat?
Sungguh menggembirakan melihat anak-anak pulang ke kampung; suasana riuh dan ceria. Namun, terdapat satu perkara yang perlu kita beri perhatian—fenomena “Bibik Terjun”.
Ketika pulang ke kampung, ibu bapa seringkali berehat di bilik, sementara anak-anak (cucu) dibiarkan bebas berkeliaran, sampai Atuk dan Nenek yang terpaksa menjaga, menyuap makan, dan mandikan mereka.
Ingat, Mak Ayah kita di kampung adalah Warga Emas.
-
Kesihatan Fizikal Berbeza: Dengan tulang belakang yang lemah dan lutut yang mungkin terkena Osteoarthritis, mereka sukar mengejar cucu walaupun dalam waktu yang singkat.
-
Risiko Jangkitan: Anak-anak mungkin membawa virus Influenza, RSV, atau HFMD dari sekolah. Imuniti warga emas lebih rendah, dan jangkitan boleh membahayakan mereka dengan lebih serius.
-
Stres dan Hipertensi: Suasana yang terlalu bising dan tidak teratur boleh mengganggu tidur mereka serta meningkatkan tekanan darah tanpa disedari.
Kepada ibu dan ayah, pulanglah ke kampung dengan niat untuk berbakti.
✅ Ambil tanggungjawab menjaga anak-anak (makan, mandi, dan lain-lain).
✅ Biarkan Mak Ayah bermain dan memberi kasih sayang kepada cucu tanpa tekanan.
✅ Jika anak-anak selsema atau batuk, asingkan atau gunakan topeng muka. Elakkan mereka mencium Atuk dan Nenek.
Jangan sampai kita pulang ke KL atau bandar dengan perasaan tenang, tetapi tinggalkan Mak Ayah terlantar sakit atau demam selepas “melayan” cucu.






