Hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim merasmikan Madani Mart pertama di Indera Mahkota 8 sebagai langkah kerajaan dalam memperkuatkan kesejahteraan rakyat serta mengatasi masalah kos sara hidup.
Menurut Pengurus Operasi Madani Mart, Lutfi Mohd. Arifin, inisiatif di bawah Yayasan Madani ini memperkenalkan konsep kedai komuniti yang menyediakan barangan keperluan harian dengan harga mampu milik menggunakan slogan ‘Kedai Runcit Harga Rahmah’.
“Pendekatan ini berfokus pada prinsip keterjangkauan, kebolehcapaian, dan keadilan harga, sesuai dengan aspirasi Ekonomi Madani serta nilai-nilai fundamental Madani, iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, dan ihsan, memastikan manfaat dapat dirasai oleh seluruh rakyat.”
“Melalui strategi pembelian secara pukal dan kolaborasi dengan pengedar, Madani Mart menyajikan pelbagai barangan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung, barangan sejuk beku, serta produk penjagaan diri pada harga yang lebih bersaing.”
“Inisiatif ini juga memberi peluang kepada usahawan tempatan melalui model pelesenan yang menyeluruh. Yayasan Madani berperanan sebagai pemberi lesen dan menyediakan sokongan penuh seperti latihan, bimbingan, dan bantuan operasi untuk memastikan setiap premis beroperasi secara cekap dan mampan,” jelasnya.
Lutfi menambah, bagi memperluas jangkauan, Yayasan Madani menyasar untuk membuka sekurang-kurangnya satu Madani Mart di setiap kawasan DUN, dengan sasaran minimum 640 premis di seluruh negara dalam jangka masa dua tahun.
Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending lain di pautan di bawah.






