Perdana Menteri Malaysia, DS Anwar Ibrahim, telah tersenarai dalam Top 10 Muslim paling berpengaruh di dunia bagi tahun 2025 menerusi laporan The Muslim 500. Beliau kini sebaris dengan pemimpin berpengaruh dalam dunia Islam seperti Emir Qatar, Sheikh Tamim, Presiden Turki, Erdogan, dan Raja Salman.
Dalam kategori “Rulers and Politicians”, Anwar mengisi tempat ke-7. Laporan ini memberikan pujian terhadap perjalanan politiknya yang mencabar, bermula dari penjara, melalui reformasi, hingga menjadi Perdana Menteri ke-10 Malaysia.
Anwar diakui sebagai simbol ketahanan politik dan suara perubahan, serta dianggap penting dalam peranannya sebagai pendamai dalam konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja.
Laporan tersebut juga menyoroti keberanian Anwar untuk mempertahankan isu Palestin, di mana beliau menegur secara terbuka syarikat media sosial seperti Meta kerana menghapuskan hantaran berkaitan dengan perjuangan Hamas dan arwah Ismail Haniyeh.
Beliau dianggap sebagai salah satu tokoh yang membentuk “moral discourse” dalam dunia Islam moden, dengan suara yang lantang namun tetap diplomatik.
Pengiktirafan ini bukan sahaja merujuk kepada pencapaian peribadi Anwar, tetapi juga tanda bahawa pengaruh politik dan diplomasi Malaysia semakin kukuh di pentas antarabangsa, terutama ketika Perdana Menteri X berani mengangkat mesej kemanusiaan tanpa mengalah kepada kuasa besar.
Source






