Penyanyi Amira Othman menafikan tuduhan yang menyatakan dia tidak menyertai suaminya, Fattah Amin, ketika mengambil kereta yang dihadiahkan kepada ibu bapa mentuanya baru-baru ini.
Amira menjelaskan bahawa dia berada di sisi Fattah sepanjang proses tersebut, tetapi memilih untuk duduk di dalam kereta kerana tidak bersolek pada saat penggambaran.
“Ketika mengambil kereta, saya ada di situ tetapi tidak bermake up. Jadi, saya duduk di dalam kereta semasa mereka mengambil gambar. Saya minta agar muka saya tidak diambil kerana tiada makeup,” katanya.
“Saya bersama mereka kerana pulang ke Johor bersama ibu dan ayah sekali. Kami satu kereta dan dalam perjalanan ke KL, kami singgah untuk mengambil kereta itu,” tambahnya.
Amira juga menyatakan bahawa dia hanya ‘menyorok’ seketika semasa rakaman berlangsung sebelum kembali menyertai keluarganya untuk merayakan momen berharga tersebut.
@sayapniaga Waahh! Tahniah @fattahamin kerana menghadiahkan ibu sebuah kereta Toyota Noah! Semoga Fattah sekeluarga bahagia selamanya. Hari ini untuk ibu, besok untuk Mira pula? hehe #sayapniaga #recondcar #recondcarmalaysia #fattahamin #toyota
“Saya bersama mereka, tetapi hanya sekejap semasa sesi penggambaran. Selepas itu, saya kembali bersama mereka. Suami saya seorang yang baik, dan ibu bapa mentua saya juga sangat baik,” ujarnya.
Sebelum itu, Fattah Amin menarik perhatian ramai setelah memberikan kejutan yang istimewa kepada kedua ibu bapanya. Dalam satu perkongsian di TikTok, pelakon tersebut menghadiahkan sebuah kereta Toyota model Noah berwarna merah sebagai tanda penghargaan kepada orang yang dicintainya.






