Skuad Malayan Tigress yang dilatih oleh Joel Cornelli sedang meneruskan latihan di dalam negara sebelum berangkat ke Dhaka, Bangladesh pada Isnin ini. Mereka akan mengambil bahagian dalam dua perlawanan dalam Tri Nations Women’s International Series, bertemu dengan Bangladesh pada Rabu, 26 November dan Azerbaijan pada Sabtu, 29 November 2025.
Selepas itu, pasukan ini akan pulang ke Malaysia pada 30 November untuk melakukan persediaan akhir sebelum berangkat ke Chonburi, Thailand bagi menyertai acara Bola Sepak Wanita di Sukan SEA 2025, yang dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 17 Disember 2025.
#FAM #HarimauMalaya #MalayanTigress #SEAGames2025










