Home Hiburan “Panggilan Pertama Tidak Berjaya, Panggilan Kedua Terputus” – Harapan untuk menyambut anak...

“Panggilan Pertama Tidak Berjaya, Panggilan Kedua Terputus” – Harapan untuk menyambut anak sulung berakhir dengan tragedi apabila bayi dilahirkan dan meninggal dunia.

28
0

Hasrat suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung menjadi mimpi ngeri apabila bayi mereka meninggal dunia dalam keadaan songsang di bilik air rumah mereka di Puncak Alam pada 19 November lalu.

Kisah menyedihkan ini dikongsi di Facebook Mr Wan Cai Official, menggambarkan keadaan cemas yang bermula sekitar 5.40 petang apabila si ibu mengadu sakit perut yang menandakan bersalin. Suami segera menghubungi talian kecemasan 999 tetapi panggilan pertama tidak dijawab.

Ketika kesakitan semakin menjadi, si ibu menuju ke bilik air kerana merasa proses kelahiran bermula. Si suami berulang kali menghubungi talian kecemasan sehingga akhirnya panggilan dijawab, tetapi talian terputus lagi.

Bayi Lahir Dalam Posisi Songsang, Ibu Terpaksa Berusaha Sendiri

Menurut laporan, si suami menemui isterinya terbaring di bilik air dengan bayi yang lahir dalam keadaan songsang, bahagian kaki dan leher bayi terlihat.

“Si suami memegang tubuh bayi, tetapi tidak berani untuk menariknya keluar walaupun isterinya mendesak,”

Usaha Menyelamat Gagal, Bayi Dinytakan Meninggal

Setelah menghubungi kembali 999, panggilan disambungkan dengan operator perubatan yang memberi panduan untuk melakukan CPR ke atas bayi, namun tidak ada reaksi yang diterima.

Setelah pasukan perubatan tiba, bayi disahkan telah meninggal dunia. Ibu dan bayi dibawa ke Hospital UiTM Puncak Alam untuk tindakan lanjutan termasuk bedah siasat.

Suasana Sedih Semasa Pemakaman

Jenazah bayi, Muhammad Amir Faris, dibawa ke Bilik Wakaf Jannatul Firdaus untuk pengurusan akhir. Dengan penuh emosi, si bapa diberikan kesempatan untuk memandikan jenazah anaknya sendiri.

Setelah solat zuhur, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

“Setelah dikebumikan, si ibu keluar dari kereta dan berdiri di sisi pusara… Kedengarannya ia mengucapkan ‘maafkan mama’. Banyak yang hadir di situ tidak dapat menahan kesedihan,”

Tragedi ini memberikan kesan mendalam kepada mereka, dan menjadi pengingat betapa pentingnya bantuan segera semasa proses kelahiran.



Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here