Home Berita Adam Radlan Hilang Selepas Bayar Kompaun RM4.1 Juta

Adam Radlan Hilang Selepas Bayar Kompaun RM4.1 Juta

39
0


Adam Radlan dilaporkan hilang selepas membayar kompaun RM4.1 juta untuk menyelesaikan 12 pertuduhan berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram. Sejak itu, pihak berkuasa tidak dapat mengesan keberadaannya.

SPRM mengesahkan bahawa Adam dibenarkan keluar negara selepas hukuman dijatuhkan kerana ketika itu tiada larangan perjalanan ke atasnya. Apabila pihak berkuasa ingin menemuinya semula untuk membantu siasatan berkaitan projek-projek lain seperti Jana Wibawa dan lebuh raya MEX 2, jejaknya hilang.

Hal ini menimbulkan kebimbangan di kalangan netizen; bukankah pelik selepas membayar penalti, dia langsung ghaib, seolah-olah merancang situasi yang sering muncul dalam skandal politik dan rasuah di negara ini?

Dalam perkembangan terkini, Azam Baki menyatakan bahawa SPRM kini sedang berbincang dengan Jabatan Imigresen mengenai status pasport Adam, tetapi tidak memberikan maklumat sama ada pasportnya sudah dibatalkan atau tidak.

Dengan latar belakang kes yang melibatkan jumlah wang yang besar, suapan RM4.1 juta, dan tuduhan minta RM2 juta untuk mendapatkan projek kerajaan, kehilangan secara tiba-tiba ini menimbulkan banyak persoalan.

Persoalannya, bagaimana mungkin individu berprofil tinggi boleh menghilangkan diri begitu sahaja sedangkan dia seharusnya membantu dalam siasatan yang sedang dijalankan?


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here