Mohon bantu untuk kongsikan pos ini, agar tiada yang terlepas pandang.
Satu peringatan kepada semua pemilik premis, tanpa mengira jenis kedai, besar atau kecil. Ramai pekerja telah lama terdedah kepada risiko bahaya asap rokok kerana tempat kerja mereka menjadi lokasi merokok bagi pelanggan dan juga staf.
Mulai hari ini, ambil perhatian serius.
Jika ada pekerja di lokasi tersebut, walaupun cuma seorang, dan walaupun tanpa penghawa dingin, kawasan itu secara automatik dianggap sebagai kawasan larangan merokok di bawah Akta 852.
Semua jenis premis kerja, termasuk pejabat kecil, gudang, restoran, kedai runcit, bengkel, atau kedai gunting rambut, adalah kawasan larangan merokok.
Tanggungjawab majikan adalah cukup jelas.
✅ Pamerkan tanda larangan merokok. (Sticker yang murah boleh didapati)
✅ Pastikan kawasan kerja bebas dari asap.
✅ Jangan biarkan pekerja terdedah kepada udara yang berbahaya.
Kesihatan staf adalah sebuah amanah.
Amanah ini bermula dengan memastikan udara yang bersih di tempat kerja.
Source






