Home Berita Tentera British Laksanakan Operasi Luar Biasa di Tristan da Cunha Susulan Kes...

Tentera British Laksanakan Operasi Luar Biasa di Tristan da Cunha Susulan Kes Hantavirus

3
0

[ad_1]

Satu operasi luar biasa telah dibuat oleh tentera British di sebuah pulau terpencil bernama Tristan da Cunha selepas muncul kes disyaki hantavirus melibatkan seorang penduduk yang sebelum ini menaiki kapal persiaran MV Hondius.

Tristan da Cunha ni ialah sebuah pulau kecil milik British yang terletak jauh di tengah Lautan Atlantik. Walaupun ia bukan berada dekat England, pulau itu masih dijaga dan ditadbir oleh kerajaan British.

Penduduk di situ guna sistem British dan kalau ada kecemasan besar macam wabak atau masalah perubatan, tentera serta kerajaan UK akan bantu mereka.

Pulau ni juga sangat terpencil sampai nak pergi sana kena naik kapal beberapa hari sebab langsung tak ada lapangan terbang.

Selain tu, pulau itu dianggap antara kawasan berpenghuni paling terpencil di dunia kerana langsung tiada lapangan terbang dan hanya boleh diakses menggunakan bot selepas perjalanan berhari-hari di Lautan Atlantik.

Situasi menjadi cemas apabila lelaki tersebut mula mengalami simptom di pulau itu dan dilaporkan berada pada tahap kritikal.

Lelaki British yang disyaki terkena jangkitan hantavirus itu turun dari kapal MV Hondius selepas kematian pertama berlaku atas kapal.

Timeline dia macam ni:

1. Penumpang Belanda bernama Leo Schilperoord mula sakit sekitar 6 April dan meninggal dunia atas kapal pada 11 April.

2. Akan tetapi ketika itu, kematian tersebut masih dianggap “natural causes” dan belum diketahui berpunca daripada hantavirus.

3. Selepas itu, kapal tetap meneruskan perjalanan dan singgah di Tristan da Cunha antara 13 hingga 15 April.

4. Lelaki British tersebut turun dari kapal pada 14 April untuk pulang ke pulau itu. Jadi maksudnya, dia turun beberapa hari selepas kematian pertama berlaku atas kapal, tetapi sebelum pihak berkuasa sedar bahawa wabak hantavirus sebenarnya sedang berlaku dalam kapal tersebut.

Disebabkan keadaan terlalu mendesak, tentera UK mengambil langkah jarang berlaku dengan menghantar anggota perubatan melalui operasi terjunan payung terjun dari pesawat tentera RAF A400M.

Pasukan itu terdiri daripada anggota payung terjun elit bersama doktor dan jururawat rawatan rapi yang terjun terus ke pulau tersebut sambil membawa bekalan oksigen serta peralatan perubatan.

Operasi itu sangat berisiko kerana pulau tersebut kecil, bergunung dan mempunyai angin kuat.

Malah pegawai tentera sendiri mengakui jika tersalah kira arah angin, anggota boleh terjatuh terus ke Lautan Atlantik.

Apa yang membuatkan kes ini mendapat perhatian dunia ialah kerana ia dikaitkan dengan hantavirus jenis Andes strain, iaitu strain jarang berlaku yang dipercayai boleh merebak antara manusia.

Kebanyakan hantavirus biasanya berpunca daripada tikus dan sukar merebak sesama manusia, tetapi strain Andes ini berbeza.

Setakat ini beberapa kes telah disahkan dalam kalangan penumpang kapal MV Hondius dan sekurang-kurangnya tiga kematian dilaporkan.

Kapal persiaran tersebut kini menjadi fokus pihak kesihatan antarabangsa kerana dipercayai menjadi lokasi awal penularan wabak itu.

British bukan sahaja menghantar doktor dan bekalan perubatan, malah lebih 3.3 tan bantuan termasuk oksigen dan kit ujian PCR turut dibawa masuk ke pulau yang hanya mempunyai sekitar 221 penduduk itu.

Pihak berkuasa UK bagaimanapun menegaskan risiko kepada orang awam masih rendah, namun sebahagian penumpang kapal tetap diarahkan menjalani kuarantin sehingga 42 hari sebagai langkah berjaga-jaga.


[ad_2]

Source
[content-egg-block template=offers_grid cols_xs=1 cols_md=4 visible=description hide=price]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here