[ad_1]
Satu demi satu fakta baru mula muncul mengenai wabak hantavirus atas kapal persiaran MV Hondius yang kini jadi perhatian dunia.
Menurut laporan media antarabangsa, “patient zero” atau individu pertama dipercayai dijangkiti virus itu ialah seorang pakar burung dari Belanda bernama Leo Schilperoord, 70 tahun.
Leo dilaporkan menaiki kapal persiaran tersebut bersama isterinya selepas melawat sebuah tapak pelupusan sampah di Ushuaia, Argentina, yang digelar “end of the world”.
Pihak berkuasa Argentina percaya kawasan itu mungkin menjadi lokasi pendedahan kepada tikus pembawa hantavirus.
Beberapa hari selepas lawatan tersebut, Leo mula mengalami simptom seperti demam, sakit kepala, sakit perut dan cirit-birit sebelum meninggal dunia di atas kapal pada 11 April.
Lebih menyedihkan, mayatnya dilaporkan masih berada atas kapal sehingga kapal berlabuh di St Helena pada 24 April.
Isterinya, Mirjam Schilperoord pula mula jatuh sakit ketika membawa pulang mayat suaminya ke Afrika Selatan sebelum dia turut meninggal dunia ketika cuba menaiki penerbangan ke Belanda.
Pasangan itu sebelum ini sedang bercuti selama lima bulan di Amerika Selatan dan kapal tersebut membawa lebih 100 penumpang lain.
Kes ini mencetuskan kebimbangan kerana hantavirus boleh berpunca daripada pendedahan kepada najis, air kencing atau habuk tercemar daripada tikus liar.
Tapak pelupusan sampah yang dilawati pasangan itu dipercayai mempunyai populasi tikus yang tinggi selain menjadi habitat burung liar yang sering dikunjungi pelancong pemerhati burung.
Pihak kesihatan kini cuba mengenal pasti sama ada jangkitan berlaku sebelum menaiki kapal atau merebak ketika pelayaran berlangsung, sementara beberapa negara mula meningkatkan pemantauan terhadap simptom berkaitan hantavirus susulan kes berprofil tinggi ini.

[ad_2]
Source
[content-egg-block template=offers_grid cols_xs=1 cols_md=4 visible=description hide=price]
