Home Lifestyle Bahaya Asap Rokok Sekunder: Ancaman Tersembunyi kepada Kesihatan Kita

Bahaya Asap Rokok Sekunder: Ancaman Tersembunyi kepada Kesihatan Kita

3
0


Kita sering mendengar tentang bahaya ‘Second-hand Smoke’ (Asap Rokok Sekunder). Namun, adakah anda sedar bahawa ancaman sebenar tidak hanya berasal dari asap yang dihembus oleh perokok?

Terdapat satu jenis asap yang berbahaya dikenali sebagai SIDESTREAM SMOKE (Asap Hujung Rokok).

Ia adalah asap yang dihasil dari hujung rokok yang sedang terbakar ketika perokok memegangnya. Kajian perubatan menunjukkan bahawa asap ‘Sidestream’ ini mengandungi kepekatan nikotin dan bahan penyebab kanser yang jauh lebih tinggi daripada asap yang disedut perokok.

Kenapa ini berlaku?

Asap rokok mengandungi lebih daripada 7,000 bahan kimia, termasuk 69 bahan yang diakui sebagai karsinogen.

Kesan asap rokok sekunder tidak hanya terhad kepada paru-paru.

🛑 Saluran darah dan jantung akan terjejas dengan serta-merta.
🛑 Meningkatkan risiko serangan jantung, strok, dan kanser paru-paru pada individu yang tidak merokok.

Siapa yang paling terjejas?

Bayi, kanak-kanak, ibu hamil, pesakit asma, dan warga emas adalah golongan yang paling berisiko. Mereka lebih sensitif kepada racun ini dan sering terpaksa menghirupnya dalam ruang tertutup seperti kedai makan, kereta, dan rumah mereka sendiri.

TIADA PARAS SELAMAT untuk asap rokok sekunder. Walau hanya terhidu sekejap, kerosakan tetap berlaku.

Perokok membuat pilihan untuk merosakkan diri mereka sendiri. Namun, orang lain di sekeliling terpaksa menghirup ancaman maut yang tidak mereka pilih.

#PublicHealthMalaysia #SecondHandSmoke #AsapRokokSekunder #BerhentiMerokok #KanserParuParu #KesihatanKeluarga #FaktaKesihatan #KesihatanAwam #Kanser #SayangiKeluarga


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here