Baru-baru ini, satu video telah tular yang menunjukkan seorang wanita berkelakuan agresif terhadap kru kabin dalam penerbangan AirAsia dari Chongqing menuju Kuala Lumpur. Wanita tersebut, yang mendakwa dirinya sebagai pramugari dari syarikat penerbangan lain, dilaporkan mula menjerit setelah permintaannya tidak dipenuhi. Kekecohan ini dipercayai bermula apabila dia menuduh penumpang lain merakamnya secara sembunyi-sembunyi.
Menurut Syafiq Jisma, seorang anggota kru kabin, wanita itu sebenarnya telah menunjukkan tanda-tanda kemarahan lebih awal apabila rakannya tidak berhasil melalui pemeriksaan imigresen.
Source






