Ada individu yang masih mampu tersenyum, menghadiri kerja, dan membalas mesej seperti biasa, namun di dalam hatinya sedang bergelut untuk tidak jatuh.
Ketika mereka mengalami kejatuhan, ramai yang melihat dan berbicara tentang kesilapan mereka. Banyak yang menilai dari jauh.
Namun, tidak ramai yang benar-benar mengerti bahawa yang paling parah adalah bahagian dalam diri mereka yang pernah dipenuhi keyakinan, harapan, dan rasa bermakna.
Oleh itu, apabila seseorang sedang jatuh, elakkan menambah luka dengan caci maki. Jangan anggap mereka lemah hanya kerana mereka tidak lagi berdiri teguh seperti sebelumnya.
Sekiranya ada individu di sekeliling anda yang berhadapan dengan fasa kejatuhan, jadilah seseorang yang tidak menjauhkan mereka lebih jauh.
Kadang-kadang, satu kata-kata lembut atau hanya kehadiran tanpa penilaian sudah memadai untuk memberi mereka semangat untuk bangkit semula.
#PublicHealthMalaysia #KesihatanMental #EmpatiItuPenting #KitaJagaKita
Source





