Microsoft menghadapi tindakan undang-undang dari kerajaan Australia kerana didakwa “menipu halus” terhadap pengguna berkenaan pelan langganan AI Copilot mereka.
Kisahnya, ramai pengguna Microsoft 365 dimaklumkan bahawa mereka hanya mempunyai dua pilihan: membayar lebih untuk Copilot, atau membatalkan langganan mereka. Namun, terdapat pelan lain yang lebih murah yang hanya terlihat ketika pengguna berusaha untuk membatalkan akaun mereka.
Akibatnya, banyak pengguna mungkin telah membayar pelan mahal tanpa menyedari bahawa mereka dapat kekal dengan pelan lama pada harga asal.
Masalah ini melibatkan hampir 2.7 juta pengguna di Australia, dengan pelan baru Copilot yang dikenakan bayaran antara 29% hingga 45% lebih tinggi.
Badan pengawas pengguna Australia menyatakan bahawa Microsoft sengaja menyembunyikan maklumat ini untuk meningkatkan jualan pelan AI mereka.
Sekiranya sabit kesalahan, Microsoft berisiko dikenakan denda sehingga A$50 juta untuk setiap pelanggaran.
Source






