Ameera Khan, seorang pempengaruh dan adik kepada Neelofa, telah menerima pelbagai kritikan setelah sebuah video yang memaparkan dirinya bersama bapanya, Abdul Halim Khan, dianggap tidak senonoh oleh segelintir netizen.
Di dalam video tersebut, Ameera kelihatan dipangku oleh bapanya dengan pelukan dari belakang.
Netizen berpendapat bahawa video tersebut agak melampau berikutan Ameera yang kini sudah dewasa.
Merespons kritikan tersebut, Ameera tidak teragak-agak untuk menolak komen negatif yang dianggapnya menjijikkan dan tidak berasas.






