Satu perkongsian yang tular di media sosial menunjukkan Aliff Aziz memberikan penjelasan mengenai tuduhan bahawa ibunya telah ‘memadam’ gambar bekas isterinya, Bella Astillah, dalam potret keluarga yang dipamerkan di kediaman mereka.
Dalam hantaran di TikTok tersebut, Aliff mengajak orang ramai untuk bersikap tenang dan berfikiran positif (husnuzon), terutama dalam isu sensitif berkaitan keluarga.
Rata-rata netizen menasihatkan bahawa mengamalkan doa dan bersangka baik lebih bermanfaat daripada menghujat tanpa bukti yang jelas.






