Baru-baru ini, di platform media sosial Threads, tular satu dakwaan bahawa pelakon Fattah Amin telah mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas isterinya, Nur Fazura, yang telah menyebabkan kekecohan di kalangan netizen.
Dakwaan tersebut muncul selepas seorang pengguna yang dikenali sebagai Musang Berjanggut berkongsi jadual sebutan kes Mahkamah Tinggi Syariah Selangor yang bertarikh 31 Mac lalu, di mana nama kedua-dua pelakon tersebut disenaraikan.
Dalam dokumen tersebut, Abdul Fattah Mohd. Amin disenaraikan sebagai plaintif, sementara bekas isterinya sebagai defendan.
Namun begitu, peguam yang mewakili Fazura, Fakhrul Azmam Abu Hassan, menjelaskan bahawa Fattah sebenarnya telah memfailkan permohonan kebenaran tunjuk sebab secara ‘ex parte’ melalui prosiding komital, yang berkaitan dengan dakwaan pelanggaran perintah mahkamah mengenai hak lawatan.






