Home Lifestyle Ritma Air: Melodi Alam yang Menggugah

Ritma Air: Melodi Alam yang Menggugah

4
0

Krup.. Krap.. Krup.. Krap..

Bunyi ais yang rangup ketika dikunyah memang mengasyikkan. Ada yang melakukannya kerana terpengaruh dengan trend video ASMR di TikTok. Ada juga yang menganggapnya sebagai tabiat biasa—setiap kali habis minum air ais di kedai mamak, mesti ketulan ais itu ‘diratah’ sehingga habis!

Walaupun nampak remeh, sebenarnya gigi manusia TIDAK direka untuk memecahkan ais setebal itu!

Apabila anda kerap menggigit ais yang keras dan sejuk, dua jenis kerosakan ini boleh berlaku tanpa disedari:

  1. Retakan Mikro (Micro-fractures)
    Kombinasi suhu sejuk yang ekstrem dan tekanan kuat mengunyah boleh menyebabkan enamel gigi mengalami retakan halus, dan lama-kelamaan gigi akan menjadi sensitif.

  2. Tampalan Pecah & Gigi Patah
    Bila retakan mikro sudah banyak, sedikit tekanan sudah cukup untuk mematahkan gigi atau mencabut tampalan yang ada!

Sekali sekala mungkin tidak mengapa. Namun, jika menjadi kebiasaan, kesannya akan terkumpul dan anda mungkin perlu berbelanja ratusan ringgit untuk rawatan seperti Root Canal atau crown gigi.

🚨PLOT TWIST PERUBATAN: KETAGIHAN AIS = KURANG DARAH?

Jika anda terpaksa kunyah ais setiap hari dan sukar untuk berhenti, keadaan ini dikenali sebagai PAGOPHAGIA. Ini adalah simptom yang menunjukkan tubuh anda mungkin mengalami Anemia Kekurangan Zat Besi. Ketika badan kekurangan sel darah merah, isyarat aneh dihantar ke otak untuk mendorong anda mengunyah ais sebagai cara untuk tetap aktif.

Lindungi gigi anda sebelum terlambat. Rasa rangup sekejap, jangan sampai berakhir dengan sakit (dan bil klinik) yang berpanjangan.

PublicHealthMalaysia #KesihatanGigi #KunyahAis #Pagophagia #Anemia #ZatBesi #TabiatBuruk #KlinikGigi #ASMR #KesihatanKeluarga



Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here