Home Lifestyle Ketika Bersin Menggema: Cerita di Balik “Hatchooo! Hatchoo!”

Ketika Bersin Menggema: Cerita di Balik “Hatchooo! Hatchoo!”

30
0

“Hatchooo! Hatchoo!” 🤧🤧

Baru je putar kunci dan tolak pintu rumah selepas seminggu balik kampung beraya, hidung terus gatal merenyam. Bersin tak berhenti, mata berair, dan tekak rasa perit.

FAKTA ‘RIBUT ALERGEN’ DI DALAM RUMAH TERTUTUP

Rumah atau apartment yang lama tidak berpengudaraan jelas menyebabkan udara terperangkap, hapak, dan lembap. Keadaan ini adalah ‘syurga’ untuk Kutu Habuk (Dust Mites) berkembang biak dengan mudah!

Jutaan partikel debu halus, najis kutu habuk, dan spora kulat mengumpul tanpa disedari pada langsir, tilam, bantal, sofa, dan karpet anda.

Apabila anda masuk ke rumah, berjalan, menghidupkan kipas siling, atau duduk dengan letih di atas katil… ANDA SEBENARNYA SEDANG MENCETUSKAN ‘RIBUT’ MIKROSKOPIK.

Semua alergen yang bersembunyi tadi akan terbang ke udara dan memasuki saluran pernafasan anda. Hidung anda (sebagai penggera utama badan) akan bertindak secara aktif untuk mengeluarkan bendasing tersebut.

Itulah sebabnya anda bersin tanpa henti!

TIPS SELEPAS BALIK KE RUMAH LAMA TINGGAL

  1. JANGAN terus hidupkan kipas! Sebaiknya, buka semua pintu dan tingkap dengan luas bagi membolehkan udara luar masuk (flush out the air).

  2. Jangan pakai ‘feather duster’ kerana ia hanya akan menggerakkan debu. Gunakan kain lembap untuk mengelap permukaan.

  3. Vakum karpet dan sofa, serta basuh cadar dengan air panas.

Rumah yang nampak bersih luarannya, belum tentu udaranya selesa untuk hidung.

PublicHealthMalaysia #AllergicRhinitis #Resdung #AlahanHabuk #KutuHabuk #KesihatanPernafasan #KualitiUdara #IndoorAirQuality #TipsRumah #Raya2026



Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here