Home Hiburan Ingat Santan, Ingat Kara! Jom saksikan bagaimana Kara menggabungkan rasa bersama penghuni...

Ingat Santan, Ingat Kara! Jom saksikan bagaimana Kara menggabungkan rasa bersama penghuni Rumah Titian Kaseh di bulan Ramadan ini! Dapatkan inspirasi resipi unik yang memikat selera dan merayakan keindahan kebersamaan dalam ibadah puasa. Saksikan setiap detik keistimewaan santan Kara yang menjadikan hidangan lebih istimewa dan berkesan!

5
0

Apabila kita menyebut tentang santan, jenama Kara pasti terlintas di fikiran, bukan? Sejak tahun 1999, jenama ini telah menjadi pilihan dan melekat dalam ingatan rakyat Malaysia!

Setiap kali memikirkan santan, kita pasti mengaitkannya dengan Kara, yang telah banyak menyumbang dalam inovasi masakan dan membentuk identiti juadah Malaysia kini.

Untuk meneruskan tradisi dan kepercayaan ini, Kara telah melaksanakan program Kara Satukan Rasa. Baru-baru ini, mereka melawat Rumah Titian Kaseh dan meluangkan masa dengan 50 anak-anak yatim dan 10 ibu tunggal di sana.

Ingin tahu aktiviti mereka? Mari kami kongsikan dengan anda.

Chef Ismail Mengambil Bahagian, Dimeriahkan oleh Artis Populer

(Dari kiri) Ketua Editor UtusanTV Metra Syahril Mohamed, cef selebriti Datuk Chef Ismail, Pengarah Kara Marketing Malaysia Susanto, Pengurus Rumah Titian Kaseh Akmal Yusof dan Pengurus Jenama Kara, Shah Rizal terlibat dalam aktiviti memasak bubur lambuk menggunakan Santan Kara di Rumah Titian Kaseh.

Aktiviti memasak bubur lambuk di Rumah Titian Kaseh menjadi meriah. Yang paling menarik, Chef Ismail juga terlibat secara langsung!

Dengan kemahiran Chef Ismail, tradisi memasak bubur lambuk menjadi lebih bermakna dan penuh dengan nilai warisan.

Iman Troye, Izzue Islam, dan Datin Alyah menghiburkan anak-anak Rumah Titian Kaseh pada acara tersebut.

Setelah sesi pengagihan bubur lambuk selesai, penghuni Rumah Titian Kaseh dihiburkan oleh beberapa selebriti terkenal seperti Iman Troye, Izzue Islam, dan Datin Alyah.

Iman Troye juga mempersembahkan lagu raya “Kara Satukan Rasa”, menambahkan lagi suasana meriah Ramadan.

Sumbangan Berharga bagi Persiapan Raya

(Dari kiri) Pengarah Kara Marketing Malaysia, Susanto, menyerahkan replika cek sumbangan berjumlah RM3,000 kepada Pengurus Rumah Titian Kaseh, Akmal Yusof.

Ketika meluangkan masa di Rumah Titian Kaseh, Kara turut memberikan sumbangan bagi memudahkan persiapan raya penduduk di situ. Antara sumbangan termasuk:

– sumbangan tunai RM3,000 daripada Kara

– bekalan santan Kara selama 3 bulan untuk kegunaan harian

– duit raya untuk anak-anak yatim dan ibu tunggal

Selain itu, rakan kerjasama lain juga memberi sokongan; UtusanTV menyumbang RM2,000 tunai, Akasa menyumbangkan bahan memasak berkualiti, dan Dua Kelinci memberikan snek yang digemari ramai, Deka dan TicTac.

Kredit: FB Kesultanan Pahang

Kara juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah dalam menyediakan bubur lambuk sempena Program Rewang Ramadan.

Kara berbesar hati apabila Krim Kelapa Kara dipilih sebagai bahan utama untuk penyediaan bubur lambuk yang diagihkan di tujuh lokasi sepanjang bulan Ramadan.

Kesempatan ini amat berharga kerana membolehkan Kara menyumbang kepada usaha yang mempereratkan hubungan masyarakat melalui tradisi masakan.

Kara Lebih daripada Sekadar Santan

Menurut Pengurus Jenama Kara, Encik Shah Rizal, kempen Kara Satukan Rasa bertujuan meraikan peranan Kara dalam kehidupan harian rakyat Malaysia, dari menyediakan juadah berbuka puasa hingga ke sambutan Raya dan masa berkumpul bersama orang tersayang.

Sebahagian daripada juadah khas bagi kanak-kanak dan penghuni Rumah Titian Kaseh termasuk resipi-resipi Kara Satukan Rasa (dari kiri): Kara Lapis Matcha-Beri, Kara Rendang Gratin, dan Kara Gula Melaka & Mangga Cotta.

Dengan keikhlasan yang ada, setiap rasa menjadi lebih bermakna. Semoga usaha ini terus berlanjutan dan menjadi inspirasi bagi kita semua untuk berkongsi rezeki.

Jadi, dengan Hari Raya yang semakin hampir, bila nak masak juadah Raya, ingatlah, Ingat Santan, Ingat Kara!



Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here