Hantaran terbaru dari personaliti media sosial, Umisya Mazlan, di TikTok telah menarik perhatian netizen apabila dia berkongsi satu video yang menunjukkan perbualan antara dirinya dan suaminya, Aslam.
Dalam video tersebut, perhatian ramai tertumpu kepada kapsyen oleh Umisya yang menggambarkan perasaannya pada ketika itu.
“Singkat saja, yang tak rasa takkan faham. Hidup tidak pernah berjanji adil, tetapi selalu memberi pelajaran.”
Perkongsian ini telah mengundang pelbagai reaksi dari pengguna media sosial, yang kebanyakannya memahami maksud di sebalik kata-kata tersebut.
Melihat pada ruangan komen, seorang pengguna memuji Umisya kerana tetap bertahan dalam hubungan, walaupun pernah melalui pelbagai pengalaman sukar dalam hidupnya.
Namun, Umisya menolak anggapan bahawa dirinya memiliki kekuatan seperti yang diperkatakan, sebaliknya dia berpendapat bahawa dia hanya mengikuti alur yang telah ditentukan.
“Saya tidak kuat, hanya mengikuti perjalanan waktu dan jalan yang ada.” ujarnya.






