Home Lifestyle Di Sebalik Senyuman: Cerita Mereka yang Nampak Okey

Di Sebalik Senyuman: Cerita Mereka yang Nampak Okey

4
0


Ada individu yang tampak sangat baik.

Mereka datang bekerja.
Menyiapkan tugas.
Membalas mesej.
Sentiasa dengan senyuman.
Masih mampu ketawa.
Nampak “berfungsi” di mata orang.

Namun, dalam fikiran, tiada henti.

Terus berfikir.
Overthinking tak sudah-sudah.
Mengkaji semua kemungkinan buruk.
Takut tertinggal.
Takut membuat kesilapan.
Takut tidak cukup baik.
Takut mengecewakan orang lain.

Inilah yang sering disebut sebagai high functioning anxiety.

Bukan bermakna mereka tidak mampu hidup.
Mereka masih mampu beraksi.
Masih mampu mencapai kejayaan besar.
Masih dilihat hebat oleh orang lain.

Tetapi semua itu kadang-kadang datang dengan kos yang tinggi kepada diri sendiri.

Sukar tidur.
Badan sentiasa tegang.
Rahang jadi kaku.
Dada terasa sempit.
Fikiran tidak berhenti berputar.
Rehat pun terasa bersalah.
Bila dipuji, hati tetap terasa tidak cukup.

Inilah yang menyebabkan banyak orang tidak dipandang serius.

Kerana orang melihat hasil.
Melihat disiplin.
Melihat kemampuan.
Jadi, mereka menganggap individu itu kuat.

Sebenarnya, kadangkala, mereka tidak tenang.
Mereka hanya sudah terbiasa hidup dalam cemas.

Ada yang datang awal bukan kerana teratur, tetapi kerana takut lewat.
Ada yang semak kerja berulang kali bukan kerana cerewet, tetapi kerana takut melakukan kesalahan.
Ada yang sukar berehat bukan kerana rajin, tetapi kerana risau kepala mereka akan terlalu bising ketika sunyi.

Masalahnya, apabila seseorang sentiasa kelihatan berfungsi, orang sukar percaya bahawa mereka penat menanggung beban.

High functioning anxiety tidak bermakna hidup anda berjalan dengan baik.
Kadangkala ia hanya bermaksud anda pandai menyembunyikan betapa penatnya anda bertahan.

Jika anda rasa ini merujuk kepada diri anda, ingatlah satu perkara:

Anda tidak perlu menunggu untuk rebah sebelum berhak meminta bantuan.

Jika kebimbangan mengganggu tidur, fokus, kesihatan, hubungan, atau menyebabkan anda sentiasa berjaga, itu sudah cukup untuk diambil serius.

Bukan semua yang nampak kuat berada dalam keadaan tenang.
Kadangkala, mereka hanya pandai menampilkan kepalsuan di luar, sementara di dalam, fikiran mereka sedang berperang tanpa henti.

#PublicHealthMalaysia #Anxiety #KesihatanMental #HighFunctioningAnxiety


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here