Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang baru-baru ini telah menjadi tuan rumah bagi kunjungan pelajar Tahun 2 dari Program Sains Senaman dan Sukan, Universiti Sains Malaysia (USM). Kunjungan yang melibatkan 40 orang pelajar ini diadakan pada Rabu lalu, 21 Januari 2026.
Delegasi dari USM disambut oleh Datuk Ong Kim Swee, Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), dan Dato’ Dollah Salleh, Penolong Pengarah Teknikal NFDP.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai kemudahan latihan sukan berprestasi tinggi, kaedah latihan yang diterapkan oleh jurulatih berpengalaman, serta pelaksanaan ujian kecergasan pra-musim yang diamalkan di AMD.
Pelajar USM juga mengambil kesempatan untuk mempelajari secara langsung pelaksanaan ujian kecergasan melalui pemerhatian dan penglibatan dengan sokongan asas, sebagai sebahagian daripada kurikulum akademik mereka, bergantung kepada kesesuaian tarikh pelaksanaan.
Penerangan mengenai pengurusan disampaikan oleh Pengurus AMD, Zairul Faiz, dan Pengurus Besar NFDP, Muhamad Yusuf Ibrahim, dengan terperinci.
AMD sentiasa terbuka kepada inisiatif kolaborasi dengan institusi pengajian tinggi demi mengukuhkan ilmu, penyelidikan, dan praktik sains sukan selaras dengan pembangunan bola sepak berprestasi tinggi negara.
National Football Development Programme – NFDP
FAM #HarimauMalaya #NFDP











