Sungai Zambezi merupakan salah satu sungai utama di Afrika, menjadi sungai keempat terpanjang di benua ini dan salah satu sungai terbesar yang mengalir ke Lautan Hindi. Kawasan lembangan sungai ini seluas 1,390,000 km², yang mana kurang separuh daripada kawasan Lembangan Nile. Dengan panjang 2,574 km, sungai ini bermula dari Zambia, mengalir melalui Angola, di sepanjang sempadan Namibia dan Botswana, kemudian memasuki kembali Zambia, mengalir melalui Zimbabwe sebelum berakhir di Mozambique dan jatuh ke dalam Lautan Hindi.
Antara keajaiban semula jadi yang terkenal di sepanjang sungai ini adalah Air Terjun Victoria. Selain itu, terdapat juga Air Terjun Shufuma di sempadan Zambia-Angola dan Air Terjun Ngoni berhampiran Sioma di barat Zambia. Sungai Zambezi juga menempatkan dua stesen hidroelektrik utama, iaitu Empangan Kariba yang membekalkan elektrik kepada Zambia dan Zimbabwe, serta Empangan Cahora Bassa di Mozambique yang menjana elektrik untuk Mozambique dan Afrika Selatan. Tambahan pula, terdapat juga sebuah kilang tenaga kecil di Air Terjun Victoria.
Source






