Pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah resmi bercerai talak satu hari ini, setelah kemelut dalam rumah tangga mereka menarik perhatian ramai sejak akhir tahun lalu.
Lafaz cerai oleh Kamal, yang nama sebenarnya Ahmad Kamal Adli, 40, dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali, tepat pada pukul 12.56 tengah hari.
Untuk makluman, pasangan ini berkahwin pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Hawra Uqaira yang kini berusia 1 tahun 8 bulan.
Namun, pernikahan mereka tidak bertahan lama selepas Uqasha memfailkan perceraian pada 1 Oktober tahun lalu.






