Sesi sidang media menjelang Kejuaraan Futsal B-19 ASEAN 2025 untuk Kumpulan B, yang melibatkan tiga pasukan iaitu Malaysia, Myanmar dan Indonesia, telah diadakan di hotel penginapan pasukan di Bangkok, Thailand, sebentar tadi.
Ketua jurulatih skuad futsal Harimau Malaya B-19, Rakphol Sainetngam, telah hadir, sementara wakil dari Myanmar ialah ketua jurulatih, Kyaw Soe Moe, dan dari Indonesia ialah Naim Hamid yang juga merupakan ketua jurulatih mereka.
Satu Mesyuarat Koordinasi Perlawanan (MCM) juga diadakan untuk memastikan bahawa pertandingan yang akan berlangsung di Stadium Nonthaburi mulai esok dapat dijalankan dengan lancar.
#FAM #HarimauMalaya #Futsal
Source






