Pelakon cantik, Diana Danielle, hari ini mengundang pelbagai spekulasi apabila dia memuat naik video dan gambar mesranya bersama seorang lelaki di Instastory, yang didakwa sebagai kekasihnya.
Berdasarkan temu bual dengan media, Diana memilih untuk menjaga privasinya dan tidak mendedahkan hubungan peribadinya kepada umum.
Diana juga menyatakan bahawa dia kini berada dalam fasa kehidupan yang lebih matang dan meminta orang ramai untuk mendoakan kebahagiannya.
Sebelum ini, terdapat ura-ura bahawa Diana sedang menjalani hubungan cinta selepas dia dilihat keluar berpegangan tangan dengan seorang lelaki di pusat membeli-belah.
Untuk makluman, Diana pernah berkahwin dengan pelakon Farid Kamil pada tahun 2012.






