Home Lifestyle Transformasi Menakjubkan: Dari Muka Biasa ke Kecantikan Pasca Kahwin

Transformasi Menakjubkan: Dari Muka Biasa ke Kecantikan Pasca Kahwin

18
0


Korang perasan tak ada kawan universiti kita yang dulunya biasa je, tapi lepas kahwin, wajah dia tiba-tiba bersinar? Muka dia nampak glowing, seolah-olah baru lepas facial mahal. Matanya ceria, kulitnya tenang, dan senyumannya pun lain. Mungkin terdetik dalam hati kita, “Kenapa aku tak dekati dia dulu?”

Sebenarnya, “glow” tu bukanlah sesuatu yang magik. Biasanya, tubuhnya mula “sembuh” selepas mengalami stres yang lama. Apabila emosi stabil, kadar hormon stres (kortisol) pun menurun. Kulit yang biasanya cepat meradang dan kusam, mula menunjukkan ketenangan.

Tidur yang cukup juga memainkan peranan. Apabila tidur mencukupi, kulit mempunyai waktu untuk pulih, dan wajah pun tampak lebih segar.

Apabila seseorang merasa disayangi dan berada dalam zon selamat, hormon bonding seperti oksitosin akan meningkat. Mood menjadi stabil, kurang tertekan, dan lebih tenang, semua ini memberi kesan kepada wajah. Ditambah pula dengan rutin harian yang lebih baik, seperti minum air secukupnya, makan dengan teratur, dan penjagaan kulit yang asas.

Yang nampak “glow” itu hanyalah tanda bahawa badan dia akhirnya menemui kebahagiaan dan berada di samping pasangan yang sesuai. ❤️

Dan jika korang belum merasai perubahan seperti itu, jangan berputus asa. Seri bukan datang dari status seseorang, tetapi daripada usaha kita untuk menjaga diri dan memilih kehidupan yang lebih tenang, walaupun sedikit.


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here