Selepas banyak aduan mengenai perjalanan dari KL ke JB yang mengambil masa hingga 6 hingga 7 jam, akhirnya ETS3 muncul sebagai penyelamat dengan mengurangkan masa perjalanan kepada 4.5 jam.
Dahulu, para penumpang dari JB ke KL merasakan perjalanan seperti road trip yang tidak berkesudahan, ditambah dengan jem, tol, dan kos minyak yang boleh merosakkan mood. Tetapi kini, dengan ETS3, mereka boleh duduk santai dalam keadaan selesa dan tiba-tiba sudah sampai di destinasi.
Apa yang lebih menarik, rangkaian elektrik di laluan selatan kini lengkap dari Padang Besar hingga Johor Bahru. Ini menjadikan Malaysia mempunyai “spine” rel elektrik yang menyambungkan utara ke selatan, melibatkan Melaka yang sebelum ini tidak mempunyai stesen kereta api moden.
Perubahan ini juga memberi impak positif terhadap sektor pelancongan, kerana ramai warga Singapura akan memilih untuk masuk ke Malaysia dan meneruskan perjalanan ke JB dan KL, terutamanya pada hujung minggu atau cuti sekolah.
KTMB telah bersiap sedia untuk memenuhi permintaan, dengan empat perjalanan sehari disediakan, harga bermula dari RM82. Setiap kerusi dilengkapi dengan plug point, kemudahan tandas yang mencukupi, bistro, dan bilik solat yang lengkap.
Source






