Pelakon Isa Khan baru-baru ini telah mengunggah sebuah post di Instagram yang menarik perhatian. Kapsyen yang ditulisnya seolah-olah memberi isyarat tentang kemungkinan perpisahan dengan isterinya, pelakon Nur Risteena.
Dalam hantaran tersebut, Isa memuatnaik gambar berserta kapsyen yang menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan netizen.
Sebahagian besar pengikutnya mula berasa curiga tentang kemungkinan masalah dalam rumah tangga mereka setelah membaca kapsyen yang memberikan petunjuk tentang perpisahan.
Ia bukan mengenai siapa yang kita kenal paling lama, siapa yang pertama datang atau yang memiliki lebih banyak. Ia berkenaan siapa yang muncul dan tidak akan pergi. Senyuman yang terukir adalah atas nama kebahagiaan yang disangka kekal selamanya, tetapi sebenarnya hanya sebagai tempat persinggahan sementara.






