Zainal dedah punca PP tumbang di Jengka

by Edisi Viral


HOME Posted on 13 Feb 2018 04:07:49


HILANG fokus dalam tempoh 20 minit pertama menjadi punca skuad Pulau Pinang (PP) tewas 3-0 di tangan FELDA United pada aksi Liga Perdana di Stadium Tun Abdul Razak, di sini, malam tadi.

-

Pengendali pasukan, Zainal Abidin Hassan berkata, terlalu banyak ruang dibuka pemainnya hingga memberi peluang kepada skuad The Fighters memperoleh dua gol pada babak pertama.

--

"Saya sudah berjumpa dengan mereka (pemain) dan mereka juga tahu kesilapan yang dilakukan. Pasukan terlalu lalai pada awal permainan hingga menyaksikan pintu gol dibolosi dua kali.

-

"Mereka tidak fokus dan gagal mengikuti perancangan yang kita lakukan sebelum perlawanan bermula. Ini tidak patut berlaku, jadi kita kena cari jalan supaya masalah seperti ini tidak berulang," katanya.

-

Tiga gol FELDA United dalam perlawanan semalam diperoleh menerusi jaringan Gilberto Valdenesio Fortunato pada minit ke-11 dan 20 serta Christie Jayaseelan pada minit ke-77.

-

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, tempoh rehat 12 hari akan datang akan digunakan sebaik mungkin bagi memperbaiki kelemahan.

-

Katanya, ramai pemain skuad kendaliannya itu juga masih mempamerkan aksi di bawah prestasi sebenar mereka.

-

"Barisan hadapan skuad kami juga gagal berfungsi dengan baik. Gandingan Sanna Nyassi dan (Seungjo) Kang juga belum menunjukkan persefahaman seperti yang kita mahu.

-

"Kita menunjukkan kebangkitan pada babak kedua. Mereka (pemain) mula menemui rentak, namun kita gagal mencari gol. Dalam perlawanan bola sepak, yang penting adalah gol, bukannya persembahan (corak permainan) yang cantik.

-

-Tak guna kita bermain dengan baik tapi gagal menjaringkan gol," katanya.



Related News


Leave a Comment:

Search
Side News