[TIP] Cara tutup fon waktu solat

by Edisi Viral


HOME Posted on 09 Feb 2018 10:05:23


Sebentar lagi kaum lelaki akan berduyun-duyun menuju ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat yang wajib ke atas mereka. Sebaik tiba di masjid, akan bermulalah ibadah seperti solat sunat, mendengar khutbah yang akan diakhiri dengan solat dua rakaat.

-

Dalam keadaan kita berjemaah, cuba untuk khusyuk dalam solat, mendengar alunan surah oleh imam dan tiba-tiba dikejutkan dengan deringan telefon. Sudah pasti terus saja ibadah terganggu apabila bunyi kuat tanpa -silent mode- di awal tadi boleh menganggu bukan seorang dua tapi beratus jemaah di masjid.

-

Kadang-kadang, kita mungkin terlepas pandang atau terlupa untuk menukar kepada mod senyap atau menutup terus telefon bimbit. Ada juga yang berpendapat perlu meneruskan solat dan membiarkan saja telefon berbunyi tanpa menyedari ia mengganggu jemaah lain. Kalau satu dua saat berdering masih boleh tahan tapi jika habis satu rakaat bunyi deringan lagi kuat daripada suara imam, parah jadinya!

-

Para cendikiawan Islam menggariskan panduan sekiranya ia berlaku dengan kaedah mudah yang tidak mengganggu pergerakan solat.

-

Pergerakan ini ditunjukkan kerana ketika bersolat, dibolehkan melakukan pergerakan atas sebab tertentu. Syaratnya, pergerakan tersebut tidak memesongkan seseorang itu dari arah kiblat.

-

Nabi Muhammad pernah mengimami solat dan menurut riwayat muslim, di dalam masjid sambil mendukung cucunya, Umaamah. Apabila baginda rukuk, baginda akan meletakkan cucunya di bawah dan apabila bagindan bangun, dia akan mendokong cucunya kembali. (Hadis riwayat Malik, al Bukhari, Muslim & Abu Daud).

-

Cara kita mematikan telefon yang berdering seperti berikut:

-

1. Gunakan satu tangan untuk mendapatkan telefon bimbit yang berbunyi

-

2. Tekan butang untuk mematikannya

-

3. Teruskan solat

-

Sekiranya berbunyi lagi, teruskan cara sama. Lebih baik tutup terus dengan menekan butang on off lama yang biasa pada telefon.

-

-

-

-

[TIP] Cara tutup fon waktu solat TheSkop.



Related News


Leave a Comment:

Search
Side News