Syafie tunjuk hebat di dapur

by Edisi Viral


HOME Posted on 13 Jan 2018 06:06:03


Bermula dengan lakonan, siapa sangka Syafie Naswip kini bergelar pengacara mengendalikan program masakannya sendiri berjudul Aroma Masak yang ditayangkan di HyppTV sejak Rabu lalu.

-

Syafie berkata, dia berpengalaman menjadi pengacara program tetapi menerusi Aroma Masak, dia pertama kali menjadi pengacara program masakan.

--

-Dalam program ini, saya mengacara, mencari bahan dan memasak sendiri,- katanya.

-

Ditanya mengenai minatnya dalam bidang masakan, pelakon berusia 26 tahun ini berkata, dia memang minat memasak sejak kecil.

-

-Sejak kanak-kanak lagi, saya memang minat memasak. Jadi, apabila ditawarkan untuk mengendalikan program masakan dan memasak sendiri, saya terus terima.

-

-Namun, bukanlah masakan hebat seperti cef profesional. Saya kongsikan beberapa resipi ringkas yang saya tahu dengan penonton,- katanya.

-

Menerusi pengacaraan dan masakan juga, Syafie mengharapkan namanya tidak hanya dikenali menerusi lakonan semata-mata.

-

-Saya suka meneroka banyak perkara baru. Saya tak mahu hanya dikenali sebagai pelakon, tapi seorang yang mampu melakukan banyak perkara.

-

-Seni itu luas dan ada banyak cabang. Jadi, saya lakukan perkara yang disukai dengan sepenuh hati untuk melihat hasil yang terbaik,- katanya.

-

Bercerita mengenai lakonan, Syafie kini sedang berehat sebentar sebelum menyambung semula penggambaran filem Polis Evo 2.

-

-Kami menjalani penggambaran sejak tahun lalu. Jadi, pada masa sekarang, penggambaran ditangguhkan buat seketika kerana keadaan cuaca yang tidak menentu di pantai timur. Penggambaran akan bersambung semula Mac depan,- katanya.

-

Berlakon dalam filem Polis Evo 2 adalah satu peluang yang tidak selalu diterimanya.

-

-Tak selalu saya akan menerima tawaran untuk berlakon dalam filem yang luar kebiasaan. Nama watak saya juga perlu dirahsiakan.

-

-Apa yang pasti, saya cuba lakukan yang terbaik dan ingin penonton melihat hasil kerja seluruh pasukan yang bertungkus-lumus menjayakan filem sekuel ini,- katanya.

-

Walaupun sudah 12 tahun berada di dalam industri hiburan, masih ada lagi persepsi daripada sesetengah individu yang menganggap kemampuannya dalam lakonan masih di tahap pelakon kanak-kanak.

-

-Saya sudah cuba buang persepsi itu, namun masih ada yang tak nampak kemampuan saya untuk melakonkan watak berbeza.

-

-Yang pasti, saya anggap itu sebagai sebahagian daripada perjalanan saya sebagai anak seni. Saya akan terus meneroka pelbagai karakter dan -gali- pelbagai ilmu lain dalam dunia lakonan,- katanya.



Related News


Leave a Comment:

Search
Side News