Ada Stadium Suruh Main Padang Pasir, Ada Projek Rumah Tapi Batal- Betapa Gagalnya MB Azmin

by Edisi Viral


HOME Posted on 13 Feb 2018 15:04:54


KUALA LUMPUR, 13 Feb - “Ada stadium yang besar yang nilainya jutaan ringgit tetapi suruh pasukan bola sepak negerinya bermain di padang pasir… inilah tahap pemikiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali”, kata-Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz.

-

Malah kata beliau, Azmin juga terlupa atau kurang membaca bahawa di Iraq sendiri mempunyai banyak stadium bola sepak yang agak canggih tidak seperti yang digambarkan.

-

“Inilah tahap pemikiran seorang Menteri Besar. Maka kita tidak hairanlah kenapa banyak sangat isu di negeri ini yang dia gagal selesaikan seperti isu sampah, wabak denggi dan lain-lain lagi.

-

“Justeru kita juga tidak berasa pelik yang terbaru bagaimana dia membatalkan sembilan projek Rumah Selangorku selepas dua tahun pembinaannya diluluskan.- Inilah bukti betapa gagalnya pakatan pembangkang khususnya Azmin Ali mentadbir negeri. Mereka ternyata hanya bijak bermain politik putar belit atas slogan kononnya ‘peduli rakyat'”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

-

Tegas beliau lagi tindak tanduk Azmin ini cukup memalukan dari isu sampah hingga isu stadium dan kini projek Rumah Selangorku memperlihatkan betapa pentadbiran Azmin ini seolah-olah menganggap rakyat di negeri ini mudah diperbodohkan.

-

“Azmin ingat dia boleh menipu sepanjang masa.- Kita yakin dengan isu stadium dan projek Rumah Selangorku ini serta banyak isu-isu yang gagal diselesaikan sebelum ini akan menjadi pertimbangan penting kepada pengundi.

-

“Oleh kerana itu juga kita tidak hairan ketika ini banyak desas-desus yang mengatakan dia akan berpindah kawasan pilihanraya pada pilihanraya umum akan datang. Ini kerana kalau dia rasakan pengundi di kawasan dia sendiri tidak mampu memberi undi kepadanya maka jelas dia sebenarnya manusia gagal”, ujarnya.--MediaUMNO



Related News


Leave a Comment:

Search
Side News