Scotland Pilih Michael O-Neill Sebagai Ketua Jurulatih Baru?

by Edisi Viral


HOME Posted on 13 Jan 2018 02:05:56


Bagi penyokong Scotland, ia mungkin berita gembira untuk anda. Barangkali sesi pemulihan Scotland sedang bermula dengan berita mengenai kehadiran-Michael O-Neill.

-

FA Scotland diberitakan telah mempersetujui klausa pampasan kepada FA Ireland Utara. Klausa itu bernilai 500 ribu pound Sterling.

-

Pilihan

-

FA Scotland memberikan tawaran kontrak 4 tahun dengan gaji yang tidak didedahkan. Cuma bonus sudah pasti apabila beliau berjaya membawa Scotland kembali ke kejohanan ulung.

-

Sama ada Piala Dunia atau EURO.

--

Tetapi, FA Ireland Utara menawarkan kontrak baru sehingga 2024. Mereka pula menawarkan kenaikan gaji tahunan kepada 750 ribu pound.

-

Sudah pasti Michael O-Neill akan menjadi dilema untuk memilih, kekal di tempat sekarang atau berpindah ke Scotland. Sebenarnya, beliau sendiri menetap di Edinburgh, Scotland.

-

Popular

-

Kewibawaan beliau terbukti dengan kehebatan Ireland Utara beberapa tahun sudah. : The Sun.

-
-

Namanya melonjak apabila berjaya membawa Ireland Utara mara ke EURO pada 2 tahun lepas. Malah, semasa kejohanan di Perancis tersebut, pasukan itu mara sehingga ke pusingan 16 terbaik.

-

Kemudiannya, beliau sekali lagi mengejutkan dunia bola sepak. Ireland Utara mencabar peluang beraksi ke Piala Dunia 2018.

--

Mereka beraksi sehingga ke pusingan play-off. Lawan mereka, Switzerland hanya menang tipis kepada pasukan itu dengan satu gol sahaja.

-

Sunderland dan West Bromwich Albion sebelum ini sudah merisik untuk menjadikan beliau pengurus. Tetapi, kedua-dua kelab itu sudah memilih individu lain sebagai pengurus.

-

Agak menarik kisah ini apabila seteru sesama Home Countries berlumba-lumba mendapatkan individu ini. Pasukan manakah akan dipilih oleh Michael O-Neill ? Hanya beliau sahaja boleh menentukan.



Related News


Leave a Comment:

Search
Side News