Rintihan Hati Bekas Kekasih

by Edisi Viral


HOME Posted on 13 Jan 2018 11:01:36



INDONESIA - Media Indonesia telah digemparkan oleh peristiwa pengantin lelaki jatuh pengsan di majlis pernikahannya ketika bekas kekasih menyanyikan lagu jiwang Balo Lipa.

Program tv hitam putih telah memanggil kedua pasangan berkenaan untuk wawancara secara lansung dan ramai yang bertanya bagaimana kisah mereka bermula hingga brakhir dengan cerita yang menyedihkan.

Berikutan adalah kisah yang diceritakan oleh wanita tersebut

Wanita yang dikenali sebagai Novianti meminta maaf untuk semua pihak dan menceritakan perkara sebenar bahawa dia adalah bekas kekasih Noki (pengantin lelaki) bukan kekasih yang di tinggal kahwin.

Kehadirannya di majlis perkahwinan itu tidak mempunyai niat yang buruk malahan hanya ingin menghadiri jemputan ibu bapa Noki yang berharap kehadirannya di situ dan mahu menjadi saksi kebahagiaan noki dan pasangan.

Sekiranya dia mahu menghancurkan pernikahan tersebut sudah pasti dia telah melakukannya sebelum akad nikah.

Sehari sebelum majlis persandingan, Novianti berniat untuk bertemu pengantin dan keluarganya supaya mereka tidak terkejut melihat dia dihari persandingan tapi setelah berfikir lebih baik bertemu selepas Noki sah menjadi suami kerana takut terjadia apa-apa.

Dia menangis ketika menyanyi bukan kerana penyesalan tapi terharu melihat semua tetamu menatapnya sambil menitiskan air mata,

Pengantin lelaki turun dari tempat persandingan untuk pergi ke tandas dan apabila kembali dia terus memeluk bekas kekasihnya sehingga wanita itu terkejut dan menolaknya lalu dia pengsan kerana terlalu sedih.

Novianti berkata dia tidak tahu apa yang dirasakan oleh bekas kekasihnya itu tetapi dia lansung tidak punya niat untuk menghancurkan perkahwinan mereka sekiranya betul dia berniat begitu sudah pasti dilakukan sebelum akad nikah berlansung.

Dia hadir ke majlis itu kerana ibu pengantin lelaki yang selalu menghubunginya menunggu kehadirannya.

Terakhir sekali dia memohon maaf kepada keluarga penganti perempuan dan berkata tidak punyai niat menghancurkan majlis itu dan mendoakan kebahagiaan Noki dan Ani dan tidak mahu silaturahim antara dia dan pasangan itu terputus gara-gara video yang tersebar itu.

Noki pernah melamar Novianti tetapi ketika itu dia sedang melanjutkan pelajaran lalu meletakkan harga hantaran yang mahal.

Selepas itu mereka masih berhubung sehingga suatu hari Noki minta putus dan Novianti terima dengan hati yang terbuka .

Dua bulan selepas itu Noki telah mempunyai kekasih lain dan Novianti juga mempunyai kekasih lain selepas tiga bulan putus.

Setelah tiga bulan ibu Noki menghubungi Novianti untuk bertanyakan tentang hubungan mereka lalu dia menjawab mereka sudah tidak berhubunh malahan masing-masing sudah temui kekasih baru.
Editor:Farhana



Related News


Leave a Comment:

Search
Side News