Persatuan Belia Perlu Lebih Aktif Tarik Penyertaan Anggota

by Edisi Viral


HOME Posted on 13 Jan 2018 13:04:18


-

SHAH ALAM 13 Jan- — Persatuan belia perlu lebih aktif dan menggunakan pendekatan baharu bagi menarik minat para belia untuk berpersatuan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

-

Beliau berkata mereka perlu menjalankan program yang lebih relevan dan tidak hanya tertumpu kepada aktiviti sukan dan hiburan.

-

“Program Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan menganjurkan program -MBM in Business- (MIB) bagi menggalakkan belia berniaga perlu dijadikan contoh bagaimana pertubuhan belia boleh kekal relevan dengan perkembangan semasa,” katanya berucap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Selangor (MBS) di sini hari ini.

-

Katanya penglibatan golongan belia dalam persatuan atau majlis belia adalah agak rendah iaitu kira-kira 30 peratus sahaja.

-

Katanya pada zaman dahulu persatuan dan majlis belia dianggap penting kerana ia merupakan satu-satunya platform untuk golongan belia menyampaikan idea kepada kerajaan.

-

“Berbeza masa sekarang, golongan belia hanya perlu menggunakan laman sosial seperti Twitter dan idea tersebut akan diberi perhatian oleh kerajaan.

-

Ini merupakan transformasi persatuan dan majlis belia pada masa kini. Namun kita yakin zaman kecemerlangan dapat dikembalikan sekiranya pertubuhan memberikan apa yang diperlukan golongan belia mengikut perkembangan semasa,” katanya.

-

Khairy turut menggesa lebih ramai belia wanita menerajui pucuk pimpinan pertubuhan belia.

-

Terdahulu pada majlis yang sama, Timbalan Presiden MBS Mohd Hafez Shuriddin diumumkan sebagai presiden baharu pertubuhan itu bagi sesi 2018-2020 selepas menang tanpa bertanding, menggantikan Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.l

-


Related News


Leave a Comment:

Search
Side News