Penonton bersorak bagai di stadium

by Edisi Viral


HOME Posted on 13 Feb 2018 04:07:54


Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur bergema dengan sorakan penonton menyaksikan pementasan pembukaan Ola Bola The Musical, baru-baru ini.

-

Selepas mendapat sambutan luar biasa dengan kutipan tiket melebihi RM15 juta ketika ditayangkan di pawagam dua tahun lalu, filem Ola Bola yang diangkat ke pentas berprestij itu sekali lagi berjaya mengheret jiwa penonton dalam babak suka duka setiap wataknya.

--

Tanpa disangka, babak menyaksikan pemain bola sepak kebangsaan berdepan dilema antara keinginan berjuang untuk negara dan masalah peribadi yang hampir mematahkan semangat membuatkan ada penonton mengalirkan air mata.

-

Lebih mengujakan, konsep persembahan yang dilakukan Enfiniti (M) Sdn Bhd milik Puan Seri Tiara Jacquelina patut diberi pujian apabila penonton yang hadir turut bersorak seolah-olah berada di stadium bagi menyaksikan detik kegemilangan aksi perlawanan bola sepak di antara Malaysia dengan Korea Selatan untuk layak ke Sukan Olimpik Moscow pada 1980.

-

Tiara yang juga penerbit dan pengarah berkata, skrip dirombak 10 kali semata-mata untuk mendapatkan jalan cerita mantap bagi memastikan kepuasan setiap penonton.

-

Katanya, walaupun ramai muka baru dipertaruhkan, dia berpuas hati dengan per-sembahan dan komitmen jitu mereka terhadap pementasan itu.

-

-Walaupun kebanyakan pelakon orang baru, mereka sanggup bekerja keras dan berlatih berbulan-bulan untuk memberikan yang terbaik.

-

-Untuk berlakon dalam teater muzikal ini, mereka perlu komited dan tidak boleh menerima tawaran lain. Itu syarat yang perlu mereka patuhi. Saya selalu tekankan kepada mereka, jika saya pada usia matang masih mampu melakukannya, mengapa mereka yang masih muda tidak boleh? Selepas melihat persembahan malam ini, saya sangat puas,- katanya.

-

Ditanya mengenai momentum barisan pelakon yang membintangi pementasan ini, Tiara akui tidak bimbang kerana setiap pelakon sudah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal meskipun banyak babak yang memerlukan mereka bergerak pantas.

-

-Tidak dinafikan, banyak babak memerlukan pergerakan pantas membabitkan babak di padang dan latihan ketenteraan, namun saya percaya semua pelakon sudah mempersiapkan diri dengan baik dan mereka akan melakukannya sehingga teater ini tamat pada 11 Mac depan.

-

-Lagipun, rata-rata penonton semuanya muda. Jadi tiada alasan untuk tidak memberikan persembahan yang terbaik setiap kali ia ditayangkan. Saya yakin penonton akan puas menyaksikan-nya,- katanya.

-

Puas hati walaupun terpaksa keluarkan bajet tinggi

-

Melihat aksi yang dipamerkan pelakon utamanya iaitu Iedil Putra, Luqman Hafidz Ali dan Brian Chan, masing-masing menterjemah-kan watak dengan penuh bersahaja dan faham watak yang disampaikan.

-

Boleh dikatakan penonton bersorak dan ketawa setiap kali melihat aksi yang dipamerkan Iedil tatkala membawakan watak Rahman yang juga seorang pengulas sukan.

-

Mengakui bajet untuk pementasan itu adalah yang tertinggi dikeluarkannya setakat ini, Tiara berkata, semua itu terbayar dengan persembahan jalan cerita dan aspek teknikal yang hebat.

-

-Berbekalkan barisan pelakon yang hebat dan peng-gunaan teknologi canggih, saya mengharapkan teater muzikal ini mampu menarik 40,000 penonton.

-

-Saya percaya masyarakat kini dahagakan mesej positif yang mengangkat genre perpaduan, perjuangan tanpa mengenal erti putus asa, nilai persahabatan dan semangat patriotik. Oleh itu, Ola Bola The Musical adalah hidangan yang terbaik untuk disaksikan seisi keluarga,- katanya.

-

Ola Bola dekat di hati Luqman

-

Kredit harus diberikan kepada Luqman apabila berjaya memainkan watak Ali dengan cemerlang.

-

Barangkali ayat keramat -Kita menang sama-sama, kita kalah sama- sama- menyentuh hati setiap penonton yang hadir.

-

Menurut Luqman, apabila terpilih dan mula mengikuti sesi latihan bermula November tahun lalu dan beberapa cabaran yang perlu didepani, dia tidak kisah memandang-kan Ola Bola sangat dekat dalam hatinya.

-

-Ola Bola adalah projek pertama mengetengahkan saya dalam dunia lakonan dan membawa peranan utama.

-

-Tawaran yang saya peroleh untuk berlakon filem mahupun teater muzikal Ola Bola memang dekat dengan saya kerana saya sendiri suka bermain bola sepak.

-

-Tak rasa pun seperti bekerja dan segala kepayahan yang ada saya sanggup lalui. Saya juga memang suka menyanyi dan menari tetapi untuk membuat persembahan umum sedikit rasa gugup namun semuanya berjaya disempurnakan,- katanya.

-

Ola Bola The Musical yang mengaplikasikan teknologi hologram, -projection mapping- atau pemetaan cahaya dan teknik pencahayaan tiga dimensi (3D) supaya penonton dapat merasai suasana sebenar seperti menikmati perlawanan bola sepak di stadium dipentaskan mulai 8 Februari hingga 11 Mac ini.



Related News


Leave a Comment:

Search
Side News