Pengsan, terjatuh bawah kereta api

by Edisi Viral


HOME Posted on 13 Jan 2018 06:05:54


PENUNTUT jurusan undang-undang melalui detik cemas apabila dia pengsan dan terjatuh di landasan kereta api bawah tanah di Brooklyn, New York, Amerika Syarikat.

Kejadian berlaku sebaik kereta api menuju ke Manhattan menghampiri platform di stesen Bedford Avenue di Williamsburg pada 11.15 pagi.

Bagaimanapun, penuntut itu, Rikke Bukh, 22, terselamat memandangkan dia terjatuh di antara dinding platform dan rel.

Anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah kereta api terbabit.

Bukh kemudiannya dihantar ke Hospital Bellevue dalam keadaan serius.

-??Dia jatuh di tepi. Kereta api itu berhenti dan kemudian dia di bawah.

-??Ia perkara yang menakutkan untuk dilihat. Anda seperti, adakah saya sedang melihat seseorang mati,- kata saksi, Jasper Basch.



Related News


Leave a Comment:

Search
Side News