Pakatan Harapan Celaru, Gagal Pilih Calon PM Terbaik - Shahidan

by Edisi Viral


HOME Posted on 13 Jan 2018 13:04:18


-

ARAU, 13 Jan- – Kecelaruan dalam kalangan kepimpinan parti pembangkang menyebabkan Pakatan Harapan (PH) gagal menentukan siapakah bakal perdana menteri yang terbaik.

-

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata situasi itu sekali gus menunjukkan hasrat untuk PH mengangkat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri tidak akan terlaksana.

-

-Jika nak bentuk kerajaan, mereka perlu ada sokongan yang kuat dan padu serta kepercayaan daripada rakyat.

-

“Kepimpinan mereka juga (PH) hendaklah sepakat sesama mereka,- katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 250 pelajar cemerlang Parlimen Arau dekat sini hari ini.

-

Shahidan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis berkata kerajaan sekarang adalah berjiwa rakyat dan rakyat kini sudah bijak menilai.

-

“Jika dilihat pembahagian kerusi PH antara sesama parti mereka sudah jelas menunjukkan mereka sendiri tidak mahu dia (Mahathir) menjadi Perdana Menteri,” katanya.

-

 

-


Related News


Leave a Comment:

Search
Side News