Mengapa PPBM terajui saingan PH di Pahang. Ada jawapannya

by Edisi Viral


HOME Posted on 13 Jan 2018 10:03:04


 | January 13, 2018
PKR Pahang berkata PPBM ada peluang lebih baik dalam memikat penyokong Umno berbanding parti-parti PH yang lain.
Fauzi-Abdul-Rahman-pakatan-harapan-konvensyen-malaysia 
PETALING JAYA: Perlawanan di Pahang penting dalam percaturan Pakatan Harapan menarik sokongan pengundi luar bandar pada pilihan raya umum akan datang, kata ketua perhubungan gabungan negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman.
Beliau berkata demikian kepada FMT apabila ditanya mengapa PH memperuntukkan 6 kerusi Parlimen di Pahang kepada PPBM, berbanding 4 kepada PKR, 3 kepada DAP dan 1 kepada Amanah.

Dua belas daripada 14 kawasan Parlimen di negeri itu menempatkan penempatan Felda. Hanya 2 kawasan yang tidak menempatkan penempatan Felda iaitu Kuantan dan Indera Mahkota, yang dimenangi PKR pada pilihan raya umum lepas.

Fauzi, yang juga pengerusi PKR Pahang berkata, tidak boleh dinafikan warga luar bandar di Pahang lebih tertarik kepada Umno, terutamanya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kini pengerusi PPBM dan PH.
Oleh sebab itu PPBM ada peluang lebih baik dalam memikat mereka daripada Umno berbanding parti-parti PH yang lain.
-Anda tidak boleh perkecilkan rasa sayang orang kampung pada Dr Mahathir,- katanya.

Fauzi berkata Pakatan Rakyat boleh memenangi Putrajaya pada pilihan raya umum lepas jika gabungan itu berjaya meraih 3% hingga 4% undi lagi.
-Dengan penyertaan PPBM di Pahang, kita mungkin akan dapat tambahan 3% hingga 4% itu.-

Seorang pensyarah kanan pengajian strategik, sejarah dan politik di Universiti Kebangsaan Malaysia, Suffian Mansor, bersetuju PPBM pilihan terbaik untuk bertanding di majoriti kerusi Parlimen di Pahang.
-Tugas PPBM untuk memenangi undi orang Melayu luar bandar, termasuk mereka yang kebiasaannya akan mengundi Barisan Nasional dan pengundi atas pagar,- katanya pada FMT.

-Kita nampak PPBM berjaya menembusi penempatan Felda dan perkembangan itu sesuatu yang sangat besar buat gabungan itu, terutamanya di Pahang.-
Beliau bagaimanapun menambah PH, walaupun dengan bantuan PPBM, belum tentu dapat menawan Pahang kerana di situlah terletaknya -kerusi perdana menteri-.

PPBM akan bertanding di Pekan, Lipis, Paya Besar, Maran, Jerantut dan Kuala Krau. DAP akan bertanding di Raub, Bentong dan Cameron Highlands; PKR di Indera Mahkota (sekarang diduduki Fauzi), Kuantan, Rompin dan Bera; dan Amanah di Temerloh.

Pada PRU13, DAP bertanding di 3 kerusi sama. PKR bertanding di Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Pekan dan Bera, sementara PAS bertanding di Lipis, Jerantut, Maran, Kuala Krau, Temerloh dan Rompin.
Kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat ialah Indera Mahkota, Kuantan, Temerloh dan Raub


Related News


Leave a Comment:

Search
Side News