Kerjasama Baik Kerajaan Negeri Dan Pusat Tunjang Kestabilan Di Sabah - Salleh

by Edisi Viral


HOME Posted on 13 Jan 2018 10:04:24


-

KOTA KINABALU, 13 Jan – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kestabilan negara,- -peluang pembangunan menyeluruh dan memastikan masa depan negara terus dalam keadaan baik merupakan tiga perkara yang perlu diberi pertimbangan semasa memilih kerajaan.

-

“Semua perkara itu ada dalam kerajaan Barisan Nasional-(BN) pada masa kini. Contohnya, untuk memastikan masa depan negara, kita mempunyai pelbagai program termasuk Transformasi Nasional 2050,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

-

Beliau berkata kerjasama baik antara Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menentukan agar pembangunan di Sabah dapat dilaksanakan dengan secepatnya.

-

“Oleh itu rakyat perlu terus menyokong kerajaan pada masa ini untuk memastikan kesinambungan kepada pembangunan dan kestabilan di negara ini,- katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Menyambut Tahun Baharu 2018 Paroki Holy Nativiti Kampung Terawi, Penampang dekat sini hari ini.

-

Beliau berkata pada masa ini terdapat pihak tertentu yang cuba untuk memecahbelahkan kaum dan agama selain menyatakan sesuatu seolah-olah penduduk Sabah dipinggirkan.

-

-Itu semua tidak benar dan ia hanya tujuan politik semata-mata. Saya memberi jaminan bahawa kerajaan sentiasa terikat dengan apa yang telah dipersetujui semasa kita Merdeka,” kata Salleh.

-

Beliau juga berkata semua pemimpin dalam kerajaan BN sentiasa menghormati apa yang telah dipersetujui semasa pembentukan Malaysia.

-

Sementara itu, Salleh berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM600,000 untuk menaik taraf kawasan pakir dan dewan di Gereja Holy Nativiti Kampung Terawi.

-

“Peruntukan itu menunjukkan semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa mempunyai tempat untuk sama-sama membangunkan negara ini. Inilah kerajaan BN yang sentiasa adil kepada semua rakyat di Malaysia,” tambahnya.

-

 

-


Related News


Leave a Comment:

Search
Side News