UMNO Kepala Batas Salur Bantuan Segera Baiki Bangunan Rosak Akibat Ribut

by Edisi Viral


HOME Posted on 13 Jan 2018 12:03:12


-

KEPALA BATAS, 13 Jan- – UMNO Kepala Batas akan memastikan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kampung paya Keladi Hujung, Pinang Tunggal di sini yang rosak akibat dilanda ribut Rabu lepas siap dibaiki dalam tempoh 10 hari.

-

Anggota Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pejabat Anggota Parlimen Kepala Batas telah menyalurkan peruntukan bagi kos pembaikan pusat didikan awal itu.

-

“Kami juga telah mendapat persetujuan daripada pemilik bangunan itu untuk membina setingkat sahaja berbanding dua tingkat sebelum ini kerana bahagian atasnya rosak teruk.-” katanya kepada pemberita selepas melawat Pasti dan rumah penduduk di kampung itu yang sedang dalam proses membaikan.

-

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang Rabu, sebanyak 15 buah rumah dan gerai makanan di kampung itu mengalami kerosakan dan bumbung kediaman diterbangkan angin kencang ketika hujan lebat dan ribut.

-

Berikutan kejadian itu, pejabat Anggota Parlimen Kepala Batas telah menyalurkan bantuan segera lebih RM100,000 bagi membaiki PASTI dan rumah serta gerai penduduk yang dilanda ribut.

-

Reezal Merican yang juga Timbalan Menteri Luar berkata pihaknya juga akan memberikan saguhati sebanyak RM500 kepada setiap daripada keluarga yang terjejas.

-


Related News


Leave a Comment:

Search
Side News