Juara-juara rock kembali

by Edisi Viral


HOME Posted on 13 Feb 2018 04:07:54


Pada 1987, peminat rock disajikan dengan album menarik berjudul Juara-Juara Rock yang menggandingkan lima kumpulan iaitu Febians, MAY, Metalian, Scandals dan Burnmarks terbitan Warnada Records.

-

Mereka antara band rock yang pernah menyertai pertandingan Juara Rock pada era 1980-an. Idea ini mendapat sambutan positif sehingga menyaksikan album Juara-Juara Rock diterbitkan sebanyak tiga siri.

--

Apa yang dilakukan bertujuan mengasah bakat dan mencipta populariti mereka sebelum berpeluang menghasilkan album sendiri.

-

Selepas 30 tahun, mereka sekali lagi digandingkan untuk persembahan istimewa Juara-Juara Rock (JJR) - Selepas 3 Dekad pada 8 April ini di The House G-Tower, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

-

Penerbit eksekutif persembahan ini, Lan Metalian berkata, JJR - Selepas Tiga Dekad dianjurkan untuk membawa semua peringkat umur menghormati dan menghayati khazanah kenangan paling berharga supaya dapat dikongsi bersama.

-

-Saya mahu menjalin semula hubungan silaturahim di antara kami semua. Selain itu, ia juga sebagai penghargaan buat peminat yang menyokong album ini suatu ketika dulu.

-

-Kami turut bercadang mengadakan satu siri konsert jelajah bagi membawa lima band ini ke lokasi lain pula kerana peminat rock tentunya ternanti-nanti untuk kembali mengimbas nostalgia,- katanya.

-

Menurut Lan, perancangan untuk membuat persembahan ini dibuat pada masa singkat, namun dia terkejut apabila semua anggota asal setiap kumpulan memberi respons positif terhadap usahanya.

-

Sementara itu, semua anggota kumpulan yang terbabit dalam persembahan ini mengakui, mereka jarang berjumpa sesama sendiri dan teruja apabila kembali dipertemukan.

-

Penyanyi Febians, Nasabandi Jumat atau Nasha berkata, walaupun mereka kebanyakannya sudah melepasi usia 50-an, tidak bermakna tidak mampu memberikan persembahan yang baik.

-

-Skil permainan muzik kami masih mantap kerana ada di antara kami ada studio sendiri. Untuk kami menyampaikan lima lagu buat setiap kumpulan bukanlah masalah besar.

-

-Selepas sekian lama, saya rasa peminat yang selama ini rindukan persembahan kami perlu hadir menyaksikan konsert mini ini kerana selepas ini saya tak tahu bila lagi kami akan bersatu,- katanya.

-

Tiket untuk menyaksikan konsert mini JJR-Selepas 3 Dekad boleh didapati dengan harga RM98 hingga RM338 dan sudah mula dijual di lokasi persembahan.



Related News


Leave a Comment:

Search
Side News